Syukur kepada Allah s.w.t dengan rase rendah diri nya lahir lah sudah sebuah kelab kembara yang diberi nama Budak Cap Ayam (BCA)..pernubuhan awal BCA bermula dari detik perkenalan aku (naz) dengan geng-geng budak yang selalu layan pergi pulau..iaitu syima,mynie,apit dan azie(isteri apit) ..time tu aku di suruh oleh Si apit untuk bawak group dia pergi mendaki Gunung Nuang pada 26/6/2010-27/6/2010.....
Pada masa itu lah aku kenal orang paling awal dalam BCA iaitu Mynie,syima,Bedul (abg kargo) dan kawan aku sendiri si faiz (Burn)..dari sini lah lahir idea aku nak ajak bebudak ni try join sukan panjat gunung ni agar boleh pergi lagi jauh dan mencabar...sebab pada masa aku bawak diorang ni pergi panjat Gunung Nuang...aku tengok si mynie dan syima ni tak menunjuk kan penat langsung..dari naik ke puncak nuang hingga lah turun...si bedul jgn cakap lah...memang tak sabar nak tawan gunung Nuang tu...sepanjang perkenalan aku ngan si bedul,mynie dan syima kita orang byk gelak..ada ajer ayat2 kelakar yg keluar dari mulut diorang ni....Setelah Gunung Nuang berjaya di tawan..aku pon mula mengajak bebudak ni untuk pergi menawan Gunung stong di kelantan..jwapan dan respon yg diberi oleh mereka amat positif sekali....
Pada tarikh 4/11/2010 aku pon membuat trip ke Gunung Stong-Gunung Baha-Gunung Ayam...tapi pada kali ini...byk muka2 baru yg join..diorang ni semua kire kawan2 si mynie,syima dan si apit......trip aku ke Pantai timur kali ini seramai 12 orang....iaitu Aku(naz)...mynie...syima..burn..bedul....reina...fariz..Am...anita...Hanif..Raziz dan fatien....trip kali ini mengambil masa 4 hari 3 malam...iaitu bermula pada 4/11/2020-7/11/2010....sepanjang pendakian kita orang semua memang enjoy..aku pon pelik macam dah lama kenal..pada hal baru je kenal...secara peribadi aku rase happy sangat kerana sifat tolong menolong di kalangan diorang amat baik sekali..pada hari kedua aku dan kengkawan aku ingin menawan puncak stong dan akan bermalam di puncak Gunung Ayam.....dari situ lah lahir lah nama Budak Cap Ayam...hasil dari nama Gunung Ayam...itu lah serba sedikit pasal Budak Cap Ayam..nama2 awal dalam BCA ialah...Naz,Bedul,Syima,Mynie,Burn,Fariz,Fatien,Reina,Hanif,Am,Raziz dan Anita...hasil kerjasama BCA maka ahli BCA makin bertambah dari hari ke hari....Thankz semua BCA...harap BCA akan terus berusaha untuk menawan puncak2 gunung yang ada di Malaysia dan mungkin akan berjaya menawan puncak gunung di luar negara satu hari nanti....amin
No comments:
Post a Comment